•JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA
AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988
AKTA
341
VERSI
: BAHASA MALAYSIA
•AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA
341
•Suatu Akta bagi membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Perkhidmatan Bomba berfungsi dengan berkesan dan cekap untuk melindugi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengannya.
•Akta ini diperbuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.
•Tarikh Persetujuan Diraja pada 11 Mei 1988 dan diterbitkan dalam warta kerajaan pada 9 Jun 1988.
•AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA
341
BAHAGIAN I
•PERMULAAN
•SEK.1 TAJUK RINGKAS & MULA BERKUATKUASA.
Sub.(1) Akta ini hendaklah dinamakan Akta
Perkhidmatan
Bomba 1988/Akta 341.
Sub.(2) Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 January 1989 dan melibatkan di Malaysia
Barat,Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
•AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA
341
•Sek.2 TAFSIRAN.
Akta ini – Termasuklah
peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta
ini.
Bahaya Kebakaran –
(a) Apa-apa pengubahan menyalahi undang-undang pada mana-mana bangunan yang mungkin
menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sekiranya berlaku
kebakaran pada matannya lebih sukar atau kurang mudah daripada yang sepatutnya
jika pengubahan itu tidak dibuat.
•AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA
341
Contohnya:-
1. Pembangunan bangunan rumah kedai yang
dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil 194
(Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
telah ditukar maksudnya kepada Pusat Tuisyen atau Sekolah Swasta atau Hospital
Persendirian tanpa membuat apa-apa pindaan struktur seperti keperluan tambahan
jalan keluar kedua.
2. Menukar pintu rintangan api pada kurungan
tangga kepada pintu jenis biasa atau menambah pintu lain yang boleh menyebabkan
ianya sukar untuk digunakan semasa kecemasan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
3. Memasang kunci tambahan pada pintu keluar bagi melepaskan diri dari
kebakaran dan membiarkan terkunci semasa keadaan biasa.
4. Menggantikan selak kecemasan kepada kunci lain bagi pintu keluar
tempat perhimpunan awam.
5. Menambah atau mengubah pemetakan dalaman satu-satu bangunan yang
mewujudkan jalan mati melebihi had atau menyebabkan tiada jalan keluar kedua
sebagaimana asalnya.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
6. Merobohkan dinding kurungan tangga menjadikan
sebagai tangga terbuka dan terdedah
kepada bahagian
dalam bangunan.
(b) Kesesakan mana-mana tempat hiburan awam
atau
perhimpunan yang mungkin menjadikan
pelepasan diri
dari mana-mana bahagiannya sukar sekiranya
berlaku
kebakaran.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Tempat perhimpunan adalah dikelaskan
berdasar-
kan kapasiti yang boleh
ditampungnya.Kiraannya adalah seperti di bawah Undang-Undang Kecil 179
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 iaitu seperti berikut:-
Kelas A
- Kapasiti -
1,000 orang atau lebih
Kelas B
- Kapasiti -
300 - 1,000 orang
Kelas C
- Kapasiti -
100 - 300 orang
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Tetapi sekiranya tempat perhimpunan itu didapati hanya ada 3 pintu
keluar sahaja dibandingkan kiraan luas lantainya dalam kapasiti Kelas A,
maka ianya tergolong dalam Bahaya Kebakaran
lain,bukan Bahaya Kebakaran(b).Contoh yang boleh digambarkan di sini adalah
seperti berikut:-
1. Sebuah pawagam yang mempunyai tempat
duduk kekal didapati telah dinaikkan taraf kelasnya semasa pemeriksaan iaitu
tempat perhimpunan Kelas C ditambah bilangan kerusi bagi menampong permintaan
penonton.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
2. Dewan tari menari yang penoh sesak terutamanya pada hujung
minggu,perkiraan hendaklah berdasarkan keluasan lantai bagi menentukan had
bilangan pengunjung untuk membandingkan kelasnya dibandingkan bilangan tempat
keluar.
Pengiraan perlu dibuat terhadap bilangan
pengunjung yang berada didalam dewan tari menari itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(c) Apa-apa pengalihan dari atau tidak terdapatnya dalam,mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan
menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang dikehendaki oleh
undang-undang supaya diadakan didalam bangunan itu.
Perkara ini adalah bagi sebuah bangunan
yang telah dilengkapai kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan
keselamatan kebakaran sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang tetapi telah
dialihkan atau sebuah bangunan yang langsung tidak dilengkapi oleh
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
apa-apa kelengkapan menentang kebakaran dan
kemudahan keselamatan kebakaran berdasarkan kepada keperluan
undang-undang.Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Kelengkapan Menentang
Kebakaran sebagaimana di bawah Seksyen 2 Akta 341 Tafsiran adalah bagi tujuan-tujuan
seperti berikut:-
a. Memadam,menentang,mencegah atau
menghadkan
kebakaran.
b. Memberi amaran tentang sesuatu
kebakaran.
c. Mengadakan laluan kemana-mana premis
atau tempat
atau kemana-mana bahagiannya untuk
tujuan
memadam,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
menentang,mencegah atau menghadkan kebakaran.
d. Mengadakan bekalan kuasa kecemasan
sekiranya
berlaku gangguan kuasa biasa.
e. Mengadakan lampu kecemasan untuk tujuan
melepaskan
diri dari bangunan.
f. Menunjukkan arah sesuatu laluan
kecemasan atau tempat
berlindung.
g. Mengadakan jalan keluar yang cukup dan
selamat untuk
tujuan pengungsian atau pengeluaran
penghuni-penghuni
sekiranya berlaku kebakaran.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(d)
Adanya didalam atau diluar mana-mana bangunan apa-
apa kelengkapan menentang kebakaran
atau pepasangan
keselamatan kebakaran atau apa-apa
kemudahan yang
dipasang mengikut kehendak-kehendak
mana-mana
undang-undang bertulis atau
sebagaimana dikehendaki
oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba yang tidak berada
dalam keadaan
baik.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Contohnya:-
1. Pemasangan sistem salur bantu mula
lengkap dengan pama-pam dan tangkinya cukup bekalan airnya tetapi gelendong
hosenya tersembunyi disebalik timbunan barang-barang atau tersorok olih apa-apa
kerja perhiasan.
2. Pemasangan sistem sesembur air outomatik
dimana didapati telah dibina rak barang-barang yang tinggi sampai keparas
diflecter kepala springler itu menyebabkan tiada head clear sebagaimana
diperlukan minima 30 inci.
3. Pemasangan sistem pancur kering atau
basah dimana
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
didapati injap masuk pasukan bomba telah
terhalang atau terlindung atau tersembunyi.
4. Lif-lif tidak berfungsi sebagaimana
sepatutnya apabila berlaku kecemasan kebakaran atau semasa suiz Lif Pasukan
Bomba digerakkan atau semasa ketiadaan bekalan kuasa letrik biasa.
(e) Jalan keluar
yang tidak mencukupi dari
mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat,sama ada didalam atau
diluar bangunan itu,yang memberi perlindungan kepada orang-orang sekiranya
berlaku
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
kebakaran.
Perkara ini mempunyai kaitan dengan Bahaya
Kebakaran
(a)iaitu keperluan jalan keluar dari
bangunan.Ianya berkemungkinan menjadi tidak mencukupi kerana pengubahan maksud
bangunan itu atau sememangnya ia dibina tanpa mematuhi peraturan undang-undang
berkaitan keperluan jalan keluar.
Huraian terperinci berkaitan keperluan
jalan keluar adalah juga sebagaimana telah dijelaskan diatas Bahaya
Kebakaran(e)membawa maksud tiada/kurang jalan keluar
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
disediakan untuk bangunan yang berkenaan
tetapi Bahaya Kebakaran(a)ialah pengalihan atau pengubahan menyalahi
undang-undang yang menyebabkan jalan keluar terhalang atau terhilang atau
terkurung.
(f) Apa-apa perkara atau hal keadaan lain
yang pada matannya meningkatkan
berlakunya kebakaran atau
bahaya kepada nyawa atau harta benda akibat daripada berlakunya kebakaran atau
yang pada matannya akan mengganggu
Jabatan Perkhid. Bomba
dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Adalah disyorkan perkara-perkara seperti
berikut
dianggapkan bolih menganggu Pasokan Bomba
semasa kebakaran:-
1. Simpanan bahan-bahan kimia didalam
bangunan yang
bolih menyebabkan letupan apabila terkena
pada air yang biasanya digunakan olih pasukan bomba semasa melawan kebakaran
bangunan.Sebagai contoh ialah calcium carbide,
bahan seperti ini hendaklah disimpan
ditempat khas serta ditandakan dengan terang dan jelas.
2. Mengadakan pengenalan atau tanda-tanda
mengikut piawaian-piawaan yang ada pada mana-mana tempat
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
simpanan atau tempat pemprosesan apa-apa
bahan yang bolih menghasilkan gas-gas beracun semasa kebakaran.
3. Pintu-pintu rintangan api pada kurungan
tangga dan lobi hendaklah ditandakan sewajarnya supaya orang ramai tahu bahawa
ianya perlu sentiasa tertutup.
4. Injap-injap masuk bomba untuk sistem
pili bomba,
penyembur air outomatik,pancur
basah,pancur kering,busa kembangan tinggi tidak tersenbunyi atau terhalang dan
bolih digunakan pada bila-bila masa.Eloklah dipastikan ruang berhampirannya
dikhaskan untuk akses pasukan bomba.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
5. Bangunan kilang telah disalahgunakan
maksudnya dengan menjadikannya sebagai gudang atau sebahagian bangunan kilang
digunakan bagi simpanan barang-barang mentah atau barang-barang telah siap.
6. Persekitaran bangunan atau premis tidak
teratur atau satu keadaan yang pada matannya kemerebakan kebakaran lebih pantas
atau terus menerus.
7. Menjalankan apa-apa kegiatan yang
berlainan maksud didalam satu bangunan untuk maksud kediaman seperti pengstoran
tabung-tabung gas memasak atau menjadikan bangunan kediaman sebagai kilang.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Bencana – Suatu kejadian dalam mana
nyawa atau harta
terancam atau mungkin akan terancam.
Ditetapkan – Ditetapkan olih
peraturan-peraturan yang
dibuat dibawah Akta ini.
Jawatankuasa – Jawatankuasa Kumpulan Wang
Kebajikan Jabatan Perkhid. Bomba yang ditubuhkan dibawah Sek.48A.
Kelengkapan menentang
kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran – Apa-apa kelengkapan atau
pepasangan bagi:-
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(a) Memadam,menentang,menentang,mencegah,atau
menghadkan kebakaran.
(b) Memberi amaran tentang sesuatu kebakaran.
(c) Mengadakan laluan masuk ke mana-mana
premis atau tempat atau ke mana-mana bahagiannya untuk tujuan
memadam,menentang,mencegah,atau menghadkan kebakaran.
(d) Mengadakan bekalan kuasa kecemasan
sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa.
(e) Mengadakan lampu kecemasan untuk tujuan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
melepaskan diri dari bangunan.
(f) Menunjukkan arah ke suatu laluan
kecemasan atau tempat berlindung.
(g) Mengadakan jalan keluar yang cukup dan
selamat untuk tujuan pengusian atau pengeluaran penghuni-penghuni sekiranya
berlaku kebakaran.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Ketua Pengarah – Ketua Pengarah Perkhid. Bomba yang
dilantik menurut seksyen 3(2).
Kumpulan Wang
– Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan
Perkhid. Bomba yang ditubuhkan dibawah
sekysen 48.
Langgaran – termasuk kegagalan mematuhi
dan melanggar juga
mempunyai makna yang sama.
Mahkamah – Mahkamah Majistret Kelas Satu.
Negeri – termasuk Wilayah Persekutuan.
Notis – Suatu notis bertulis.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Pegawai Bomba – orang yang digunakhidmat
dalam Jabatan Perkhid. Bomba bagi
melaksanakan
tugas-tugas yang pada melaksanakannya dia
dikehendaki atau dibenarkan memakai pakaian seragam.
Pegawai Bomba Bantuan – seorang Pegawai Bomba
Bantuan yang dilantik dibawah seksyen 4.
Pegawai diberkuasa – Ketua Pengarah dan mana-mana
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan yang diberi kuasa olih Ketua Pengarah
secara bertulis untuk bertindak dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Pegawai Kanan Bomba – seorang Pegawai Bomba
daripada apa-apa pangkat dari dan termasuk
Ketua Pengarah kebawah hingga dan termasuk Penolong Penguasa.
Pemunya – berhubungkait dengan mana-mana
premis:-
(a) tuan punya berdaftar premis itu.
(b) jika tuan punya berdaftar premis itu
tidak dapat dikesan,ejennya atau pemegang amanahnya.
(c) jika tuan punya berdaftar premis itu
telah mati,wakil dirinya disisi undang-undang.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(d) jika tiada mana-mana orang yang disebut
dalam perenggan (a),(b) dan ( c ),orang yang pada masa ini menerima sewa premis
itu,sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah
seorang yang lain atau sebagai seorang penerima,atau yang sepatutnya menerima
sewa itu jika premis itu disewakan.
Pengarah – termasuklah Pengarah Negeri.
Pengarah Negeri – Pengarah Perkhid. Bomba yang
dilantik untuk sesuatu Negeri menurut seksyen 3(3).
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Perakuan Bomba – perakuan bomba yang
dikeluarkan olih Ketua Pengarah dibawah seksyen 29(4).
Perintah Tutup – suatu perintah yang dibuat
dibawah seksyen 13 yang melarang apa-apa penggunaan sesuatu premis sebagaimana
yang dinyatakan dalam perintah itu,yang penggunaannya bolih pada matannya
meningkat
-kan kemungkinan terjadinya kebakaran atau
bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran didalam
atau keatas premis itu atau premis lain.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Pihak berkuasa air – mana-mana orang atau badan
yang diberi kuasa atau dikehendaki dibawah mana-mana undang-undang bertulis
untuk membekalkan air dan mengenakan caj bagi bekalan tersebut.
Premis – termasuk mesuaj(rumah
ibadat),rumah,bangunan atau bahagian sesuatu bangunan,tanah,tenemen,isemen dan
hereditamen dari apa-apa pemegangan,sama ada terbuka atau terkepung,sama ada
terdapat binaan atau tidak,sama ada awam atau persendirian,dan sama ada disenggara
dibawah kuasa berkanun atau tidak.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Premis ditetapkan – premis yang
penggunaan,saiz,atau tempatnya,telah ditetapkan dibawah seksyen 27 bagi maksud
pengeluaran perakuan bomba.
Tugas khas – apa-apa tugas atau
perkhidmatan yang diberikan olih mana-mana pegawai diberikuasa,selain daripada
tugas-tugas menentang kebakaran atau kecemasan,sebagaimana yang dibenarkan olih
Ketua Pengarah dibawah seksyen 50.
Vesel – termasuklah setiap jenis vesel
stim atau layar,hulk,
jong,bot,sampan atau apa-apa jenis rakit
yang digunakan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
untuk membawa orang atau benda melalui air
atau untuk penstoran.
Memadam kebakaran – menjadikan api atau kebakaran
tidak menyala lagi.
Menentang kebakaran – melawan atau memerangi
api/kebakaran bagi tujuan mengawal dan memadam.
Menghadkan kebakaran – menentang hadnya(banyak,
luasnya dll)supaya tidak melebihi sesuatu
yang ditetapkan.
Mencegah – mengikhtiarkan supaya tidak
berlaku(tidak kena dll)menghalang atau
menegah.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Mengawal –
memerhati dan menjaga baik supaya berjalan
dengan teratur.
Matan –
mantap atau tidak berubah-ubah.
Isemen –
tandas.
Tenemen –
rumah tempat tinggal dan bahagian rumah yang
digunakan.
Hereditamen
– harta yang bolih diwarisi.
Langkah-langkah – bolih dilakukan dibawah undang-
undang yang sah atau tidak melanggar mana-mana undang
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
undang
yang ada.
Suai manfaat
– dengan munasabah dipercayai telah berlaku
dalam keadaan kejadian bahaya/bencana.
Bahaya hampir
– yang mungkin datang atau berlaku tidak
lama lagi.
Bona fide
– jujur dan bolih dipercayai.
Pencerobohan
– orang atau golongan yang memasuki
sesuatu tempat tanpa kebenaran.
Penalti –
hukuman kerana melanggar perintah.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Lucut hak
– terlepas daripada pegangan,genggaman
diatas dirinya dll.
Keabaian
– perbuatan tidak mengambil berat terhadap
tugas dan kelalaian lain atau cuai.
Keingkaran
– perbuatan mengingkiri,keengganan,tidak
mahu menerima perintah.
Mengkompaun
– denda yang diselesaikan tanpa dibawa
keMahkamah.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sawar-sawar
– penghalang yang diperbuat daripada
duri,kayu,dawai dll.
Pengawalseliaan – mengawal supaya teratur.
Pengujian
– perbuatan menyelidik atau memeriksa sesuatu
untuk mengetahui keadaan sebenar.
Pengservisan
– bantuan atau nasihat kepakaran yang
diberikan olih pengilang/wakilnya selepas memperkenalkan
sesuatu alat.
Pengecasan –
pengisian beteri bekal dengan tenaga letrik.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Organisasi – syarikat/persatuan diluar
kerajaan.
Persendirian – pertubuhan/persatuan yang
memberi khidmat keselamatan kebakaran.
Memberi amaran – sistem penggera kebakaran.
Laluan masuk – jalan untuk kereta bomba masuk
atau tangga menentang kebakaran.
Bekalan kuasa – sekiranya bekalan elektrik
terputus.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
• BAHAGIAN II
•PENTADBIRAN
•SEK.3 JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA DAN PEGAWAI-PEGAWAI.
Sub.(1) Maka hendaklah ada suatu Jabatan
Perkhidmatan Bomba bagi Persekutuan.
Sub.(2) Maka hendaklah ada seorang Ketua
Pengarah,
Timbalan Ketua Pengarah,Penolong Ketua
Pengarah,
Pegawai Kanan Bomba serta Pegawai Bomba
supaya
•
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Jabatan
dapat berfungsi dengan berkesan dan cekap.
Sub.(3) Maka hendaklah ada seorang Pengarah bagi setiap
negeri dalam Malaysia/Wilayah Persekutuan.
Sub.(4) Perlantikan Ketua Pengarah,Timbalan Pengarah,
Penolong Ketua Pengarah dan Pengarah Negeri hendaklah
diwartakan.
Sub.(5) Tiap-tiap Pegawai Bomba hendaklah tertakluk
kepada kawalan dan arahan Ketua Pengarah.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(6) Pangkat Pegawai Bomba dan Pegawai
Bomba
Bantuan adalah seperti dalam Jadual Kedua
Akta(pindaan)A879:-
(A) PANGKAT PEGAWAI BOMBA.
Pesuruhjaya,Timbalan Pesuruhjaya,Penolong
Kanan Pesuruhjaya,Penolong
Pesuruhjaya,Penguasa Kanan,
Penguasa,Penguasa Percubaan,Penolong Kanan
Penguasa,
Penolong Penguasa,Penolong Penguasa
Percubaan,
Pegawai Bomba Gred I,Pegawai Bomba Gred
II,Pegawai Bomba Gred III,Pegawai Bomba Percubaan Gred III,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Ketua Ahli Bomba,Ahli Bomba Kanan,Ahli Bomba.
(B) PANGKAT PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Pegawai Bomba Gred III,Pegawai Bomba
Percubaan Gred III,Ketua Ahli Bomba,Ahli Bomba Kanan,Ahli Bomba.
SEK.4 PERLANTIKAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Sub.(1) Ketua Pengarah bolih dengan
persetujuan Menteri melantik beberapa orang Pegawai Bomba Bantuan bagi setiap
Negeri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.
Sub.(2) Pegawai-Pegawai Bomba Bantuan tidak
bolih
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dibayar
apa-apa saraan selain daripada apa-apa elaun
sebagaimana yang ditetapkan olih Menteri dengan
persetujuan Menteri Kewangan.
Sub.(3) Pegawai-Pegawai Bomba Bantuan hendaklah
tertakluk kepada kawalan dan arahan langsung Pengarah
Pengarah Negeri masing-masing.
Sub.(4) Seseorang Pegawai Bomba Bantuan hendaklah
disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun
Keseksaan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.5 TUGAS-TUGAS JABATAN
PERKHID. BOMBA
Sub.(1) Tugas-tugas Jabatan Perkhid. Bomba hendaklah:-
(a) mengambil langkah-langkah yang
sah bagi:-
(i) memadam,menentang,mencegah
dan mengawal
kebakaran.
(ii) melindungi nyawa dan harta
sekiranya berlaku
kebakaran.
(iii) menentukan adanya jalan
keluar kebakaran,
penyenggaraan dan
pengawalseliaan yang baik.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(iv) menentukan adanya jalan keluar yang
cukup
dari semua premis
ditetapkan sekiranya berlaku
kebakaran.
(b) menjalankan penyiasatan tentang
sebab,punca dan
hal keadaan kebakaran.
(c) melaksanakan khidmat
kemanusiaan,termasuk
perlindungan nyawa dan harta
semasa berlakunya
apa-apa bencana.
Sub.(2) Jabatan Perkhid. Bomba bolih,selain
daripada
tugas-tugasnya dibawah sub.(1),melaksanakan
apa-apa
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
tugas lain yang dipertanggungkan kepadanya
olih undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan olih Menteri supaya
dilaksanakan.
SEK.6
PAKAIAN SERAGAM DAN KAD PENGENAL
Sub.(1) Tiap-tiap Pegawai Bomba dan Pegawai
Bomba Bantuan hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam dan tanda-tanda
pangkat sebagaimana yang ditetapkan olih Menteri.
Sub.(2) Tiap-tiap Pegawai Bomba dan Pegawai
Bomba Bantuan hendaklah dibekalkan dengan kad pengenal
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
mengikut bentuk yang ditetapkan.
SEK.7 PERJALANAN KUASA-KUASA DAN
PELAKSANAAN TUGAS-TUGAS
Sub.(1) Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Ketua
Pengarah
dibawah sek.4(1),22(1),29,35A,46 dan 50
bolih,tertakluk
kepada kawalan dan arahan Ketua
Pengarah,dijalankan atau
dilaksanakan olih seorang Pengarah
Negeri,tetapi
penjalanan dan pelaksanaan kuasa-kuasa dan
tugas-tugas
tersebut olih Pengarah Negeri hendaklah
terhad kepada
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Negeri yang dia dilantik melainkan Ketua
Pengarah,melalui
pemberitahuan dalam Warta,meluaskan bidang
kuasanya
secara am berkenaan dengan kuasa-kuasa dan
tugas-tugas
tersebut atau mana-mana daripadanya kepada
sesuatu Negeri
atau Negeri-Negeri lain atau
bahagiannya.(Akta Pin.A879)
Sub.(2) Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan sub.(1)dan
tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan
yang difikirkan
patut olih Ketua Pengarah,Ketua Pengarah
bolih,secara
bertulis,mewakilkan perjalanan mana-mana
kuasanya atau
pelaksanaan mana-mana tugasnya dibawah
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dibawah
Akta ini kepada mana-mana Pegawai Bomba,dan
jika Ketua Pengarah bertindak dibawah subseksyen ini,dia
hendaklah menyatakan had-had kawasan dan tempoh masa
bidang kuasa yang diwakilkan.
Sub.(3) Perjalanan kuasa-kuasa atau pelaksanaan tugas
tugas yang diwakilkan dibawah sub.(2)hendaklah tertakluk
kepada kawalan dan arahan Ketua Pengarah.
(Akta Gan.A879)-Arahan PGK. BIL.1/2000.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
•
BAHAGIAN III
•PENGHAPUSAN BAHAYA KEBAKARAN
SEK.8 NOTIS MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
Sub.(1) Ketua Pengarah,jika berpuas hati
adanya apa-apa bahaya kebakaran didalam mana-mana premis,bolih menyampaikan
notis:-
(a) kepada orang yang disebabkan
perbuatan,kemungkiran,
atau pembiarannya bahaya kebakaran itu
timbul atau berterusan,jika dia adalah penghuni premis itu pada masa
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
notis itu hendak disampaikan.
(b) jika orang yang disebabkan
perbuatan,kemungkiran atau
pembiaran bahaya kebakaran itu timbul atau
berterusan
bukanya penghuni premis itu pada masa notis
itu hendak
disampaikan atau tidak diketahui,kepada
pemunya premis
tersebut.
(c) jika pemunya premis itu tidak dapat
dipastikan atau
dijumpai dengan mudahnya atau tidak berada di
M’sia,
kepada penghuni premis itu,tanpa mengira sama
ada dia
adalah orang yang disebabkan
perbuatan,kemungkiran,atau
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau
berterusan,
suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran
dalam Borang
A dalam Jadual Pertama,menghendakinya
menghapuskan
bahaya kebakaran itu dalam tempoh yang
dinyatakan dalam
notis itu,dan melakukan semua perkara yang
perlu bagi
maksud tersebut;dan notis itu bolih,jika di
fikirkan patut
Ketua Pengarah,menyatakan apa-apa kerja yang
perlu
dilaksanakan bagi maksud tersebut.
(2) jika Ketua Pengarah fikirkan bahawa
bahaya kebakaran
itu mungkin akan berulang,maka dia bolih
juga,melalui
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
notis menghapuskan bahaya kebakaran dibawah
sub.(1)atau melalui notis menghapuskan bahaya kebakaran kemudiannya dalam
Borang B dalam Jadual Pertama,menghendaki orang yang disampaikan notis itu
melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran yang
dimaksudkan olih notis itu dan,jika Ketua Pengarah fikirkannya wajar,menyatakan
apa-apa kerja yang perlu dilaksanakan bagi maksud tersebut,dan suatu notis yang
mengandungi kehendak-kehendak yang sedemikian bolih disampaikan walaupun bahaya
kebakaran yang dimaksudkan olih notis itu mungkin telah dihapuskan pada masa
itu.(Akta Pin.A879)-Arahan PGK.Bil.2/1998.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.9 KUASA KETUA
PENGARAH UNTUK
MENGHAPUSKAN
BAHAYA KEBAKARAN
DIPREMIS
KOSONG ATAU TAK DIDIAMI.
Jika premis dimana terdapatnya bahaya kebakaran itu
kosong atau tak didiami,maka Ketua Pengarah bolih,dengan
kekerasan jika perlu,dengan menggunakan alat yang ada
padanya,menghapuskan bahaya kebakaran itu dan
melakukan apa jua yang perlu untuk mencegah berulangnya
bahaya tersebut.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.10 KESALAHAN KERANA TIDAK MEMATUHI
NOTIS MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa
kehendak
notis menghapuskan bahaya kebakaran yang
disampaikan
kepadanya menurut sek.8 dalam masa yang
dinyatakan
dalam notis itu,sama ada suatu perintah
dibawah sek.13
telah dibuat terhadapnya atau tidak,adalah
melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan bolih
didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara
selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
dan bolih juga
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus
ringgit bagi
setiap hari yang kesalahan itu berterusan
selepas sabitan.
SEK.11 KUASA KETUA PENGARAH UNTUK
MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN APABILA
NOTIS MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
TAK DIPATUHI
Jika suatu notis menghapuskan bahaya
kebakaran telah
disampaikan kepada mana-mana orang menurut
sek.8,dan
jika orang itu tidak mematuhi apa-apa
kehendak notis itu
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dalam masa yang dinyatakan didalamnya,maka
Ketua Pengarah bolih menyebabkan dijalankan
dalam premis itu apa-apa kerja yang didapatinya
perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu
dan untuk mencegah berulangnya bahaya tersebut.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.12 KUASA KETUA PENGARAH UNTUK
MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN APABILA
NOTIS MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
TAK DIPATUHI
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa
apa-apa bahaya
kebakaran yang terdapat dalam mana-mana
premis:-
(a) menimbulkan bahaya kebakaran serta-merta
dan nyata
dalam premis itu.
(b) mungkin,sekiranya kebakaran berlaku
dalam premis
itu,akan meningkatkan dengan nyatanya risiko
kepada
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
nyawa
atau harta yang biasanya akan terjadi sekiranya
berlaku kebakaran,maka Ketua Pengarah bolih
menyebabkan dijalankan dalam premis itu apa-apa kerja
yang didapati perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran
itu dan untuk mencegah berulangnya bahaya tersebut.
SEK.13 PERINTAH TUTUP
Sub.(1) Jika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran
telah disampaikan kepada mana-mana orang,sekiranya:-
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(a) orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak
notis itu
dalam masa yang dinyatakan didalamnya; dan
(b) bahaya kebakaran itu,sungguh pun telah
dihapuskan
sejak penyampaian notis itu,mungkin pada
pendapat Ketua
Pengarah akan berulang dalam premis yang
sama,dan Ketua
Pengarah berpendapat bahawa adalah perlu
untuk melarang
apa-apa penggunaan premis itu yang bolih pada
matannya
meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran
atau
bahaya kepada nyawa atau harta akibat
daripada berlakunya
kebakaran didalam atau keatas premis itu atau
premis lain,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
maka Ketua Pengarah bolih,dengan cara membuat
aduan,memohon kepada mahkamah bagi suatu
perintah
tutup.
Sub.(2) Apabila menerima aduan dan permohonan
bagi
perintah tutup dibawah sub.(1),mahkamah
hendaklah
menyampaikan notis dalam Borang C dalam
Jadual Pertama
kepada pemunya atau penghuni premis itu,atau
kedua
duanya,meminta mereka memberi sebab kenapa
suatu
perintah tutup tidak patut dibuat,dan jika
sebab-sebabnya
tidak diberikan olih pemunya atau penghuni
itu atau kedua-
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
duanya,maka mahkamah bolih membuat perintah
sedemikian.
Sub.(3) Sesuatu perintah tutup hendaklah
dalam Borang D
dalam Jadual Pertama dan hendaklah
disampaikan kepada
kedua-dua pemunya dan penghuni premis yang
berkenaan.
Sub.(4) Atas permohonan pemunya atau penghuni
premis,
atau apabila diberitahu olih Ketua
Pengarah,mahkamah,jika
berpuas hati bahawa premis yang berkenaan
denganya suatu
perintah tutup berkuatkuasa telah menjadi
sesuai untuk
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
kegunaan yang dinyatakan dalam perintah
itu,bolih
membatalkan perintah tutup tersebut.
Sub.(5) Mana-mana orang yang tanpa alasan
yang
munasabah dengan disedarinya melanggar suatu
perintah
tutup adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila
disabitkan bolih didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya dan bolih juga dikenakan
denda
tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi
setiap hari yang
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.14 RAYUAN TERHADAP PERINTAH TUTUP
ATAU KEENGGANAN MEMBUAT PERINTAH TUTUP
Sub.(1) Mana-mana pemunya atau penghuni yang
tidak
berpuas hati dengan perintah tutup yang dibuat
dibawah
sek.13(2)bolih,dalam masa sepuluh hari
pembuatan perintah
itu,merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Sub.(2) Jika Mahkamah enggan membuat perintah
tutup,maka Ketua Pengarah bolih,dalam masa
sepuloh hari
dari keputusan mahkamah itu,merayu kepada
Mahkamah
tinggi terhadap keputusan itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(3) Suatu rayuan terhadap perintah tutup
tidaklah bolih
berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan
tetapi
mahkmah bolih,atas permohonan dan apabila
sebab-sebab
yang mencukupi diberi,membenarkan
penggantungan
pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkan
patut.
SEK.15 PELUPUSAN HARTA YANG DIPINDAHKAN
OLIH KETUA PENGARAH
Sub.(1) Ketua Pengarah,dalam menghapuskan atau
melakukann apa-apa yang perlu mencegah
berulangnya
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
bahaya kebakaran,bolih memindahkan apa-apa
harta yang
secara langsung bolih menyebabkan bahaya
kebakaran.
Sub.(2) Apa-apa harta yang dipindahkan dibawah
sub.(1)
bolih diletakkan dibawah jagaan Ketua Pengarah
bagi
tempoh tidak melebihi tujuh hari dan dalam
tempoh itu
pemunya adalah berhak menuntut harta tersebut
dengan
membayar perbelanjaan yang dilakukan olih
Ketua Pengarah.
Sub.(3) Apabila pemunya tidak membuat
tuntutan,Ketua
Pengarah bolih memohon kepada mahkamah bagi
suatu
perintah untuk menjual atau melupuskan harta
itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(4) Wang yang didapati daripada jualan
apa-apa harta
bolih disimpan olih Ketua Pengarah dan
digunakan untuk
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan
olihnya
berkaitan dengan penghapusan,atau pencegahan
berulangnya,bahaya kebakaran itu,dan
bakinya,jika
ada,hendaklah dibayar kepada pemunya harta
itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.16 MENDAPATKAN KEMBALI PERBELANJAAN
YANG DILAKUKAN
DALAM MENJALANKAN KERJA
DIBAWAH SEK.11
Perbelanjaan yang dilakukan olih Ketua
Pengarah dalam
menjalankan apa-apa kerja dibawah sek.11
hendaklah
menjadi hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan dan
bolih didapatkan kembali di mahkamah daripada
orang yang
telah disampaikan notis menghapusklan bahaya
kebakaran
itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.17 MENDAPATKAN KEMBALI PERBELANJAAN
YANG DILAKUKAN DALAM MENJALANKAN KERJA
DIBAWAH SEK.12
Sub.(1) Perbelanjaan yang dilakukan olih Ketua
Pengarah
dalam menjalankan apa-apa kerja dibawah sek.12
hendaklah
menjadi hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan dan
bolih didapatkan kembali di mahkamah:-
(a) daripada orang yang disebabkan
perbuatan,kemungkiran,
atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul
atau
berterusan,jika dia adalah penghuni premis itu
pada masa
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
kerja itu dimulakan.
(b) jika orang yang disebabkan
perbuatan,kemungkiran,atau
pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau
berterusan
bukannya penghuni premis itu pada masa kerja
ityu
dimulakan atau tidak diketahui,daripada
pemunya premis
tersebut; atau
(c) jika pemunya premis itu tidak dapat
dipastikan atau
dijumpai dengan mudahnya atau tidak berada di
Malaysia,daripada penghuni premis itu pada
masa kerja itu
dimulakan,tanpa mengira sama ada dia adalah
orang yang
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
disebabkan perbuatan,kemungkiran,atau
pembiarannya
bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan.
Sub.(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini
bolih ditafsirkan
sebagai menjejaskan apa-apa hak orang yang
daripadanya
perbelanjaan bolih didapatkan kembali dibawah
sub.(1)untuk
mendapatkan apa-apa sumbangan,tanggung
rugi,atau
gantirugi daripada mana-mana orang lain.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.18 KUASA-KUASA PEGAWAI BOMBA SEMASA
KEBAKARAN
Sub.(1) Semasa sesuatu kebakaran,seseorang
Pegawai
Bomba bolih:-
(a) mengambil apa-apa langkah yang didapati
perlu atau
suaimanfaat bagi melindungi nyawa dan harta.
(b) mengeluarkan mana-mana orang yang dengan
kehadirannya atau perbuatannya mengganggu
kerja-kerja
Jabatan Bomba.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(c) memasuki,memecah masuk atau merempuh
masuk,dan
mengambilmilik atau dirobohkan,mana-mana
premis,tempat,atau benda untuk tujuan
memadamkan
kebakaran atau melindungi premis,tempat,atau
benda itu
daripada kebakaran,atau bagi menyelamatkan
mana-mana
orang atau apa-apa benda.
(d) menutup mana-mana jalan yang berhampiran
dengan
tempat kebakaran atau mengawal lalulintas atau orang ramai
dimana-mana jalan tersebut.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(e) menggunakan mana-mana bekalan air yang
sesuai.
Sub.(2) Kuasa-kuasa yang diberi olih
sub.(1)bolih dijalankan
setakat yang perlu jika suatu kebakaran telah
dengan
munasabahnya dipercayai terjadi atau berlaku.
SEK.19 KUASA-KUASA PEGAWAI BOMBA SEMASA
KECEMASAN YANG TIDAK MELIBATKAN
KEBAKARAN.
Dalam masa kecemasan yang tidak melibatkan
kebakaran
atau risiko kebakaran,kuasa-kuasa yang
tersebut dalam
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
sek.18 hendaklah dijalankan olih mana-mana
Pegawai
Bomba jika dia berpendapat bahawa nyawa atau
harta berada
dalam keadaan bahaya hampir.
SEK.20 PERLINDUNGAN PEGAWAI BOMBA DAN
PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Tiada Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan
yang
bertindak secara bona fide dibawah kuasa-kuasa
yang diberi
olih Akta ini bolih dikenakan apa-apa tindakan
bagi gantirugi
kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau
ditinggal drpd
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dilakukan olihnya berkaitan dengan
tugas-tugasnya semasa
sesuatu kebakaran atau apa-apa bencana.
SEK.21 KERUGIAN DISEBABKAN KEBAKARAN
HENDAKLAH
TERMASUK KEROSAKAN AKIBAT
DARIPADA
MENENTANG KEBAKARAN.
Apa-apa kerosakan atau kerugian yang
ditanggung akibat
apa-apa tindakan yang diambil atau perkara
yang dilakukan
olih Pegawai Bomba Dan Pegawai Bomba Bantuan
pada
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
menjalankan kuasa-kuasanya atau melaksanakan
tugas
tugasnya semasa sesuatu kebakaran,untuk
memadamkan
kebakaran itu atau untuk menyekatnya daripada
merebak,hendaklah,walau apa pun terma-terma
apa-apa
kontrak insurans terhadap kebakaran atau
peruntukan mana
mana undang-undang,dianggap sebagai kerugian
disebabkan
kebakaran bagi maksud kontrak itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
•
BAHAGIAN IV
•AIR DAN PILI BOMBA
SEK.22 PENSTORAN AIR DALAM PREMIS UNTUK
TUJUAN MENENTANG KEBAKARAN
Sub.(1) Ketua Pengarah bolih,bagi maksud
memastikan
adanya penstoran air yang cukup
ditempat-tempat yang
sesuai disesuatu premis,mengeluarkan apa-apa
arahan
kepada mana-mana orang yang mengawal,atau
pemunya,premis tersebut supaya menyediakan
kemudahan
dan bekalan air untuk tujuan menentang
kebakaran:
•AKTA PERKHIDMATAN
BOMBA 1988/AKTA 341
Dengan
syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi
pihak berkuasa air.
Sub.(2) Apa-apa arahan yang dikeluarkan dibawah sub.(1)
hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengikat
orang yang diberikan arahan itu.
Sub.(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa
arahan yang diberikan dibawah sub.(1)adalah melakukan
suatu kesalahan.(Arahan PGK. Bil.3/2001)
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.23 NOTIS BAGI KERJA YANG MENJEJASKAN
PILI BOMBA
Sub.(1) Tiada seorang pun,selain daripada
pihak berkuasa air
dan ejennya,bolih memulakan atau
menjalankan,atau
membenarkan atau mengarahkan permulaan atau
penjalan,
apa-apa kerja yang menjejaskan mana-mana pili
bomba atau
aliran air kepadanya melainkan dia telah
memberi notis
bertulis mengenai cadangan atau tujuan hendak
menjalankan
kerja-kerja tersebut kepada Pengarah Negeri
yang berkenaan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum
kerja-kerja itu
dimulakan: Dengan syarat bahawa dalam hal-hal
kecemasan,jika tidak praktik untuk memberi
notis itu dalam
masa yang dikehendaki,peruntukan ini hendaklah
disifatkan
telah dipatuhi jika notis itu diberikan dengan
seberapa segera
yang mungkin selepas kejadian itu.
Sub.(2) Semua pili bomba hendaklah ditentukan
supaya
berada dalam keadaan setelah siapnya apa-apa
kerja yang
dijalankan olih mana-mana orang dibawah
sub.(1).
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(3) Apa-apa kerja yang berhampiran dengan
atau
disekitar pili bomba yang menjejaskan laluan
ke pili bomba
itu,kedudukan pili bomba itu berhubungan
dengan tepi jalan
yang sedia ada,atau penjajaran alur keluarnya
dengan paras
jalan,hendaklah disifatkan sebagai kerja yang
menjejaskan
pili bomba.
Sub.(4) Mana-mana orang yang melanggar sub.(1)
atau (2)
adalah melakukan suatu kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.24 KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA AIR
MEMBERITAHU PENGARAH NEGERI TENTANG APA
APA TINDAKN YANG MENJEJASKAN ALIRAN AIR
KE PILI BOMBA
Jika pihak berkuasa air memutuskan hendak
mengambil apa
apa tindakan atau melakukan apa-apa perbuatan
atau
menjalankan apa-apa kerja yang akan atau
mungkin akan
mengurang atau menghentikan aliran air
kemana-mana pili
bomba,maka adalah menjadi kewajipan pihak
berkuasa air
itu memberitahu Pengarah Negeri yang berkenaan
secara
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
bertulis mengenai keputusan itu dengan
seberapa segera yang
mungkin selepas keputusan itu dibuat.
SEK.25 KUASA MEMASANG PLAT TEMPAT PILI
BOMBA
Sub.(1) Setelah memberi tujuh hari notis
secara bertulis
kepada pemunya mana-mana harta yang terletak
berhampiran
dengan pili bomba,Ketua Pengarah bolih
menyebabkan suatu
plat yang menunjukkan tempat pili bomba itu
dipasangkan
pada mana-mana bahagian harta tersebut
yang,pada pendapat
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Ketua Pengarah,adalah paling sesuai untuk
menunjukkan
tempat tersebut.
Sub.(2) Mana-mana orang yang enggan
membenarkan
pemasangan apa-apa plat sedemikian sebagaimana
yang
tersebut dalam sub.(1)atau menggalang
mana-mana orang
yang sedang memasangnya atau mengalih atau
mencacatkan
apa-apa plat sedemikian setelah ia dipasang
adalah
melakukan suatu kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.26 MENYEMBUNYIKAN DAN
MENYALAHGUNAKAN PILI BOMBA
Mana-mana orang yang menutup,mengepung,atau
menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga
menjadikan
tempatnya sukar dipastikan,atau mengganggu
mana-mana
pili bomba,atau menggunakan pili bomba selain
daripada
tujuan menentang kebakaran adalah melakukan
suatu
kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
• BAHAGIAN V
•PERAKUAN BOMBA
SEK.27 KUASA KETUA PENGARAH UNTUK MENENTUKAN DAN MENETAPKAN
PENGGUNAAN,SAIZ,ATAU TEMPAT,TERTENTU SESUATU PREMIS
Sub.(1) Ketua Pengarah bolih melalui
perintah yang
disiarkan dalam Warta menentukan dan
menetapkan penggunaan,saiz,atau tempat,tertentu premis bagi maksud pengeluaran
perakuan bomba dibawah Akta ini.
•
•AKTA PERKHIDMATAN
BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Jika suatu bahagian mana-mana premis
menjadi
premis ditetapkan,maka mana-mana bahagian lain
premis
tersebut hendaklah dikira sebagai menjadi
sebahagian premis
ditetapkan itu.
SEK.28 KEPERLUAN BAGI PERAKUAN BOMBA
Sub.(1) Tiap-tiap premis ditetapkan hendaklah
memerlukan
suatu perakuan bomba.
Sub.(2) Suatu perakuan bolih diperbaharui
setiap tahun.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(3) Sub.(1)tidaklah terpakai bagi premis
yang disediakan
bagi,dan digunakan semata-mata atau
terutamanya untuk,
sembahyang keagamaan awam,atau premis yang
terdiri drpd
atau termasuk dalam rumah yang diduduki
sebagai tempat
kediaman persendirian yang berasingan:
Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Ketua
Pengarah
ada apa-apa bahaya kebakaran dalam premis yang
tersebut
dalam sub. Ini,maka Ketua Pengarah bolih
menghendaki
premis tersebut dikenakan pemeriksaan berkala
dan apa-apa
arahan yang perlu bolih diberikan kepada
pemunya premis
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
tersebut bagi pematuhan wajar akan
peruntukan-peruntukan
Akta ini.
SEK.29 PERMOHONAN DAN PENGELUARAN
PERAKUAN BOMBA
Sub.(1) Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba
berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan
hendaklah
dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk
yang
ditetapkan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Apabila menerima permohonan bagi
perakuan
bomba berkenaan dengan mana-mana premis
ditetapkan
Ketua Pengarah bolih menghendaki pemohon,dalam
suatu
tempoh yang dinyatakan,mengemukakan kepadanya
apa-apa
pelan premis tersebut serta apa-apa butir lain
yang relevan
sebagaimana yang dinyatakan.
Sub.(3) Jika pemohon tidak mengemukakan
pelan-pelan
yang dikehendaki dan butir-butir relevan
tersebut dalam
masa yang dinyatakan,maka permohonan itu
hendaklah
disifatkan telah ditarik balik.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(4) Jika permohonan bagi perakuan bomba
telah dibuat
dengan sempurnanya,maka Ketua Pengarah
hendaklah
menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan
keatas premis
ditetapkan itu,dan apabila berpuas hati adanya
kemudahan
keselamatan diri,pencegahan
kebakaran,perlindungan
kebakaran dan menentang kebakaran yang
mencukupi,
mengikut mana yang berkenaan,berhubungan
dengan
penggunaan premis ditetapkan itu,Ketua
Pengarah hendaklah
mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan
dengan
premis ditetapkan itu tertakluk kepada apa-apa
syarat
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
sebagaimana yang difikirkannya patut
dikenakan atau yang
ditetapkan.
Sub.(5) Jika Ketua Pengarah,selepas
menyebabkan
dijalankan suatu pemeriksaan dibawah
sub.(4)keatas premis
yang berkenaan,tidak berpuas hati tentang
adanya apa-apa
kemudahan yang mencukupi berhubungan dengan
penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang
disebut
terdahulu,maka dia hendaklah,dengan
menyampaikan notis
kepada pemohon,memberitahu pemohon tentang
keperluan
-keperluan yang perlu dipatuhi dalam masa ayng
dinyatakan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
sebelum perakuan bomba itu bolih dikeluarkan
kepada
pemohon.
Sub.(6) Dalam seksyen ini,”pemohon” ertinya
pemunya,penghuni atau orang yang mempunyai
pengurusan
sepenuhnya keatas premis yang ditetapkan itu.
SEK.30 BENTUK PERAKUAN BOMBA
Tiap-tiap perakuan bomba yang dikeluarkan
berkenaan
dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah
mengikut
bentuk yang ditetapkan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.31 MENETAPKAN FEE
BAGI PENGELUARAN
PERAKUAN
BOMBA
Ketua Pengarah bolih menetapkan fee yang kena dibayar
bagi pengeluaran perakuan bomba dan caj bagi pemeriksaan
mana-mana premis ditetapkan yang baginya perakuan itu
dikeluarkan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.32 PERUBAHAN KEADAAN YANG
MENJEJASKAN KECUKUPAN KEMUDAHAN
KESELAMATAN DIRI,DLL
Sub.(1) Selagi suatu perakuan bomba ada
berkuatkuasa
berkenaan dengan mana-mana premis,Ketua
Pengarah bolih
menyebabkan mana-mana bahagian premis yang
berkenaan
diperiksa pada bili-bila masa yang munasabah
bagi maksud
memastikan sama ada terdapat perubahan
keadaan yang
disebabkan olihnya kemudahan keselamatan
diri,pencegahan
kebakaran,perlindungan kebakaran &
menentang kebakaran
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
telah menjadi tidak mencukupi berhubungan
dengan apa-apa
penggunaan premis yang diliputi olih perakuan
tersebut.
Sub.(2) Jika penghuni mana-mana premis
ditetapkan
bercadang hendak membuat sesuatu perubahan
material pada
premis itu semasa suatu perakuan bomba
berkuatkuasa
berkenaan dengannya,maka dia hendaklah,sebelum
perlaksanaan cadangan itu dimulakan,memberi
notis
mengenai cadangan itu kepada KP;dan jika
perlaksanaan
cadangan itu dimulakan tanpa pemberian notis
sedemikian,
maka penghuni itu adalah melakukan suatu
kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(3) Jika KP berpuas hati,berkenaan dengan
mana-mana
premis yang mengenainya notis dibawah
sub.(2)telah
diberikan kepadanya,bahawa perlaksanaan
cadangan yang
diberitahu itu akan mengakibatkan
kemudahan-kemudahan
yang tersebut dalam sub.(1)menjadi tidak
mencukupi
berhubungan dengan apa-apa penggunaan premis
yang
diliputi olih perakuan bomba yang berkenaan,KP
bolih
melalui notis yang disampaikan kepada penghuni
itu
memberitahunya mengenai langkah-langkah yang
sepatutnya
diambil untuk mengelakkan kelengkapan yang
berkenaan itu
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
menjadi tidak mencukupi sekiranya
cadangan-cadangan itu
dilaksanakan,dan jika langkah-langkah tersebut
diambil
dengan sewajarnya berkaitan dengan
perlaksanaan cadangan
cadangan itu,maka KP hendaklah meminda
perakuan bomba
itu atau,atas pembayaran fee yang
ditetapkan,mengeluarkan
perakuan baru.
Sub.(4) Jika KP berpuas hati,berkenaan dengan
mana-mana
premis yang mengenainya suatu perakuan bomba
ada
berkuatkuasa,bahawa apa-apa kemudahan yang
tersebut
dalam sub.(1)telah,akibat sesuatu perubahan
keadaan,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
menjadi tidak mencukupi berhubungan dengan
apa-apa
penggunaan premis yang diliputi olih perakuan
tersebut,maka KP bolih melalui notis yang
disampaikan
kepada penghuni:-
(a) memberitahunya mengenai fakta itu dan
mengarahkannya supaya mengambil apa-apa
langkah yang
difikirkan sesuai olih KP untuk menjadikan
kemudahan
yang berkenaan itu mencukupi; dan
(b) memberitahunya bahawa jika
langkah-langkah tersebut tidak diambil,perakuan bomba itu bolih dikansel,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dan jika langkah-langkah tersebut diambil
dengan
sewajarnya hendaklah,jika perlu,meminda
perakuan bomba
itu atau,atas pembayaran fee yang
ditetapkan,mengeluarkan
perakuan baru.
Sub.(5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi
arahan yang
diberi olih KP dibawah sub.(4) (a)adalah
melakukan suatu
kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.33 KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN
PERAKUAN BOMBA
Jika tiada perakuan bomba berkuatkuasa
berkenaan dengan
mana-mana premis ditetapkan,maka pemunya
premis
tersebut adalah melakukan suatu kesalahan.
SEK.34 HAK MERAYU
Mana-mana orang yang terkilan:-
(a) dengan keengganan KP untuk mengeluarkan perakuan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
bomba dibawah sek.29(4);
(b) dengan syarat-syarat yang dikenakan
olih KP atas
perakuan bomba yang dikeluarkan kepadanya;
atau
(c) dengan apa-apa keputusan yang dibuat
olih KP
dibawah sek.32(3) atau (4);
bolih,dalam masa dua puluh satu hari dari
pemberitahuan
keengganan atau keputusan itu,merayu
secara bertulis
kepada Menteri yang keputusannya mengenai
perkara itu
adalah muktamad.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.35 KUASA MAHKAMAH MELARANG ATAU
MENYEKAT PENGGUNAAN PREMIS TERTENTU
Sub.(1) Jika KP berpuas hati berkenaan dengan
mana-mana
premis,sama ada ditetapkan atai tidak,bahawa
risiko kepada
manusia atau harta sekiranya berlaku kebakaran
adalah
begitu
serius hingga penggunaan premis itu patut dilarang
atau disekat sehingga langkah-langkah telah
diambil untuk
mengurangkan risiko itu ke paras yang
berpatutan,maka KP
bolih,dengan cara membuat aduan,memohon kepada
mahkamah bagi suatu perintah larangan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Apabila menerima aduan dan permohonan
bagi
perintah larangan dibawah sub.(1),mahkamah
hendaklah
menyampaikan notis dalam Borang E dalam Jadual
Pertama
kepada pemunya atau penghuni premis itu,atau
kedua
duanya,meminta mereka memberi sebab kenapa
suatu
perintah larangan tidak patut dibuat;dan jika
sebab-sebabnya
tidak diberikan olih sama ada pemunya atau
penghuni itu
atau kedua-duanya,maka mahkamah bolih
mengeluarkan
perintah sedemikian melarang atau menyekat
penggunaan
premis tersebut.(Akta Pindaan A879)
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(3) Sesuatu perintah larangan hendaklah
dalam Borang F
dalam Jadual Pertama dan hendaklah disampaikan
kepada
kedua-dua pemunya dan penghuni premis yang
berkenaan.
(Akta Pindaan A879)
Sub.(4) Apabila pemunya atau penghuni premis
memohon
untuk membatalkan perintah larangan,atau
apabila diberitahu
olih KP bahawa risiko telah dikurangkan ke
paras yang
berpatutan,mahkamah,jika berpuas hati bahawa
premis yang
berkenaan dengannya suatu perintah larangan
berkuatkuasa
tidak akan mendatangkan apa-apa risiko yang
serius kepada
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
manusia atau harta jika berlaku
kebakaran,bolih
membatalkan perintah larangan tersebut.
Sub.(5) Mana-mana orang yang tanpa alasan
munasabah
dengan disedarinya melanggar suatu perintah
larangan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan bolih
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit
atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
kedua-duanya
dan bolih juga dikenakan denda tambahan
sebanyak satu
ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan
itu berterusan
selepas sabitan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.35A KUASA KETUA PENGARAH UNTUK
MEMERINTAHKAN KEGIATAN DIHENTIKAN
DALAM KES-KES MENDESAK
Sub.(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan
Akta ini,jika
KP berpuas hati bahawa:-
(a) apa-apa kegiatan yang berterusan dalam
mana-mana
premis akan menimbulkan bahaya kebakaran
sertamerta yang
memudaratkan keselamatan nyawa atau harta;dan
(b) kelewatan dalam memohon dan mendapatkan
suatu
perintah larangan dibawah sek.35(2)akan dengan
nyatanya
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
meningkatkan risiko pada nyawa atau harta
itu,dia
bolih,melalui perintah,mengarahkan pemunya
atau penghuni
premis itu supaya menghentikan kegiatan itu.
Sub.(2) Sesuatu perintah untuk menghentikan
kegiatan
hendaklah dalam Borang G dan hendaklah
disampaikan
kepada pemunya dan penghuni premis itu
kedua-duanya.
Sub.(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi
sesuatu
perintah KP yang dibuat dibawah sub.(1)adalah
melakukan
suatu kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.35B RAYUAN TERHADAP PERINTAH KETUA
PENGARAH SUPAYA MENGHENTIKAN KEGIATAN
Sub.(1) Seseorang pemunya atau penghuni yang
tidak
berpuas hati dengan sesuatu perintah supaya
menghentikan
kegiatan yang dibuat olih KP
dibawahsek.35A(1)bolih,
dalam masa sepuluh hari dari perbuatan
perintah itu,merayu
kepada Mahkamah Tinggi.
Sub.(2) Sesuatu rayuan terhadap perintah
supaya
menghentikan kegiatan tidaklah berkuatkuasa
sebagai suatu
penggantungan pelaksanaan,tetapi mahkamah
bolih,atas
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
permohonan dan apabila diberi sebab yang
mencukupi,
membenarkan penggantungan pelaksanaan atas
apa-apa
terma yang difikirkannya patut.
SEK.36 RAYUAN TERHADAP PERINTAH LARANGAN
ATAU KEENGGANAN MEMBUAT PERINTAH
LARANGAN
Sub.(1) Mana-mana pemunya atau penghuni yang
tidak
berpuas hati dengan perintah larangan yang
dibuat dibawah
sek.35(2)bolih,dalam masa sepuluh hari dari
pembuatan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
perintah itu,merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Sub.(2) Jika mahkamah enggan membuat perintah
larangan,maka KP bolih,dalam masa sepuluh hari
dari
keputusan mahkamah itu,merayu kepada Mahkamah
Tinggi.
Sub.(3) Suatu rayuan terhadap perintah
larangan tidaklah
bolih berkuatkuasa sebagai penggantungan
pelaksanaan,
tetapi mahkamah bolih,atas permohonan dan
apabila sebab-
sebab yang mencukupi diberi,membenarkan
penggantungan
pelaksanaan atas apa-apa terma yang
difikirkannya patut.
(Arahan
PGK. Bil.1/2002)
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
• BAHAGIAN
VI
•PENGUATKUASAAN
SEK.37 PENGUATKUASAAN AKTA
Adalah memjadi kewajipan KP untuk
menguatkuasakan
peruntukan-peruntukan Akta ini.
SEK.38 KUASA UNTUK MASUK
Sub.(1) Seseorang pegawai diberikuasa
bolih,bersama-sama
dengan mana-mana orang lain yang difikirkan
perlu olih
pegawai itu,memasuki mana-mana premis bagi
maksud:-
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(a) menentukan samaada terdapat,atau pernah
terdapat,pada
atau berkaitan dengan premis itu,apa-apa
pelanggaran mana
mana peruntukan Akta ini.
(b) mendapatkan apa-apa maklumat berkaitan
dengan premis
itu sebagaimana yang dikehendaki bagi tujuan
menentang
kebakaran,termasuk bekalan air yang bolih
didapati untuk
atau dipremis itu dan jalan masuk kebekalan
air tersebut.
(c) menentukan sama ada terdapat apa-apa
bahaya kebakaran
didalam atau yang menjejaskan premis itu.
(d) menjalankan apa-apa siasatan yang
difikirkannya perlu
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
berhubungan dengan apa-apa perkara yang
termasuk dalam
peruntukan-peruntukan Akta ini; atau
(e) menjalankan apa-apa kuasa atau
melaksanakan apa-apa
tugas KP dibawah mana-mana undang-undang
bertulis
lain,yang tiada kuasa masuk diberikan olih
undang-undang
tersebut bagi menjalankan atau
melaksanakannya.
Sub.(2) Tiada tempat kediaman persendirian
bolih dimasuki
menurut kuasa seksyen ini diantara jam tujuk
petang hingga
jam tujuh pagi.
Sub.(3)
Sebelum memasuki mana-mana premis menurut
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
kuasa seksyen ini,pegawai diberikuasa
hendaklah
menunjukkan kad pengenalnya kepada penghuni
premis
tersebut,jika ada,dan dalam hal seseorang
pegawai
diberikuasa yang lain daripada
KP,pemberikuasaan bertulis
KP dan adalah sah bagi penghuni premis itu
tidak
membenarkan pegawai diberikuasa itu masuk atau
mengusirnya daripada premis itu jika,apabila
diminta olih
penghuni tersebut,dia gagal atau enggan
mengemukakan kad
pengenal,dan mengikut mana yang
berkenaan,pemberikuasa-
an tersebut.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(4) Seseorang pegawai diberikuasa
hendaklah
meninggalkan mana-mana premis kosong atau tak
didiami
yang telah dimasukinya menurut kuasa seksyen
ini dalam
keadaan selamat daripada penceroboh
sebagaimana keadaan
yang terdapat semasa dia memasukinya.
SEK.39 SEKATAN KEATAS PENDEDAHAN
MAKLUMAT
Mana-mana orang yang mendedahkan,selain
daripada pada
melaksanakan tugasnya atau bagi maksud apa-apa
prosiding
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
undang-undang ,termasuk timbangtara,atau bagi
maksud
sesuatu laporan dimana-mana prosiding
tersebut,apa-apa
maklumat yang diperolihinya berhubungan dengan
apa-apa
proses pengilangan atau apa-apa tred,semasa
menjalankan
kuasa-kuasa yang diberi kepadanya olih seksyen
ini adalah
melakukan suatu kesalahan.
SEK.40 KUASA UNTUK MENANGKAP TANPA
WARAN
Sub.(1) Mana-mana pegawai diberikuasa bolih
menangkap
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
tanpa waran mana-mana orang:-
(a) yang didapati melakukan kesalahan dibawah
sek.47;atau
(b) yang disyakinya dengan munasabahnya telah
melakukan
apa-apa kesalahan lain dibawah Akta ini jika
orang itu
enggan memberi nama dan alamatnya atau memberikan
suatu alamat di luar Malaysia atau ada
didapati alasan-alasan
yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia
telah
memberi nama dan alamat palsu atau bahawa dia
mungkin
akan melarikan diri.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Jika mana-mana oaran telah ditangkap
menurut
sub.(1)olih seseorang pegawai diberikuasa,maka
pegawai
yang membuat penangkapan itu hendaklah
mematuhi sek.28
Kanun Proder Jenayah seolah-olah dia adalah
seorang
pegawai polis.(Sek.28-Bagaimana tindakan
terhadap orang
yang telah ditangkap dan tahanan lebih drpd 24
jam)
Sub.(1) jangan lengah terus bawa ke Mahkamah
Majistret.
Sub.(2) tidak bolih lebih masa yang
sepatutnya.
Sub.(3) tempoh tak lebih 24 jam.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.41 KUASA BAGI PENYIASATAN
Sub.(1) Mana-mana pegawai diberikuasa adalah
mempunyai
kuasa untuk menyiasat perlakuan apa-apa
kesalahan dibawah
Akta ini.
Sub.(2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki olih
pegawai
diberikuasa supaya memberi maklumat atau
mengemukakan
apa-apa dokumen atau benda lain berhubungan
dengan
perlakuan apa-apa kesalahan yang mana ia
adalah dalam
kuasa orang itu untuk memberi maklumat atau
mengemukakan dokumen atau benda lain itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.42 KUASA MENGHENDAKI KEHADIRAN SAKSI
Sub.(1) Seseorang pegawai diberikuasa yang
menjalankan
penyiasatan dibawah sek.41 bolih melalui
perintah bertulis
menghendaki mana-mana orang ayang didapati
olih pegawai
itu mengetahui hal keadaan kes itu supaya
hadir
dihadapannya,dan orang itu hendaklah hadir
sebagaimana
yang dikehendaki.
Sub.(2) Jika mana-mana orang tersebut tidak
hadir
sebagaimana yang dikehendaki,maka pegawai itu
bolih
melaporkannya kepada seorang Majistret yang
sesudah itu
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
bolih mengikut budi bicaranya mengeluarkan
suatu waran
untuk menjamin kehadiran orang itu drbagaimana
yang
dikehendaki olih perintah yang disebut
terdahulu.
Sub.(3) Sseorang yang hadir sebagaimana yang
dikehendaki
dibawah sub.(1)adalah berhak dibayar
perbelanjaan
perjalanan dan saraan yang dilakukan
olihnya;dan adalah sah
bagi KP untuk membayar perbelanjaan tersebut.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.43 PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI
Sub.(1) Seseorang pegawai diberikuasa yang
menjalankan
penyiasatan dibawah sek.41 bolih memeriksa
secara lisan
mana-mana orang yang dijangka mengetahui
fakta-fakta dan
hal keadaan kes itu.
Sub.(2) Orang itu adalah terikat untuk
menjawab semua
soalan yang berhubungan dengan kes itu yang
dikemukakan
kepadanya olih pegawai itu.
Dengan syarat bahawa orang itu bolih enggan
menjawab apa
apa soalan yang mana jawapannya berkemungkinan
akan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau
penalti
atau lucuthak.
Sub.(3) Seseorang yang membuat pernyataan
dibawah
seksyen ini adalah terikat disisi
undang-undang untuk
menyatakan yang sebenar,sama ada atau tidak
pernyataan itu
dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya
sebagai jawapan
kepada soalan-soalan.
Sub.(4) Seseorang pegawai diberikuasa yang
memeriksa
seseorang dibawah sub.(1)hendaklah terlebih
dahulu
memberitahu orang itu tentang
peruntukan-peruntukan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
subseksyen (2) dan (3).
Sub.(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat olih
mana-mana
orang dibawah seksyen ini hendaklah,bilamasa
mungkin,diubahkan dalam bentuk bertulis dan
ditandatangani olih orang yang membuatnya atau
dicapkan
dengan cap jarinya,mengikut mana yang
berkenaan,setelah
pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam
bahasa yang dia
membuatnya dan setelah dia diberi peluang
untuk membuat
apa-apa pembetulan yang mungkin dikehendaki.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.44 PENJALANAN PENDAKWAAN
Tiap-tiap pegawai diberikuasa adalah berkuasa
untuk hadir di
mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan
berkenaan
dengan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
•
BAHAGIAN VII
•SIASATAN TENTANG KEBAKARAN
SEK.45 SIASATAN TENTANG KEBAKARAN
Sub.(1) Menteri bolih melantik mana-mana orang
atau orang
orang untuk mengadakan siasaytan tentang punca
dan hal
keadaan apa-apa kebakaran dan tindakan yang
telah diambil
untuk menentang atau memadamkan kebakaran itu
dan untuk
melapurkan tentang punca,hal keadaan,dan
tindakan
tersebut,dan membuat syor-syor,berdasarkan
dapatan
siasatan itu,mengenai langkah-langkah yang
perlu diambil
untuk mencegah berlakunya,dan untuk
memperbaiki cara
cara menentang atau memadam kebakaran secara
amnya.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Sek.8,9,11,12,13,14,15,19,21 dan 22
Akta
Suruhanjaya Siasatan 1950 hendaklah,dengan
ubahsuaian
ubahsuaian yang perlu dan setakat yang
berkenaan,terpakai
bagi siasatan dibawah sub.(1)dan bagi
mana-mana orang
yang mengadakan siasatan itu seolah-olah
siasatan dan orang
itu masing-masingnya suatu siasatan
danSuruhanjaya
dibawah Akta tersebut.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.46 MENGAMBIL MILIK PREMIS DAN HARTA
LAIN YANG TELAH DIROSAKKAN ATAU
DIMUSNAHKAN OLIH API
Sub.(1) Jika,disebabkan olih
kebakaran,mana-mana premis
atau bahagian mana-mana premis telah menjadi
tidak bolih
diduduki,KP bolih,pada bila-bila masa dalam
masa tujuh hari
selepas kejadian kebakaran itu,mengambil milik
premis itu
atau bahagiannya dan apa-apa harta atau benda
lain yang
telah dirosakkan,atau sisa-sisa pa-apa harta
atau benda lain
yang dimusnahkan olih api,dan bolih meneruskan
pemilikan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
keatas premis,bahagian,harta,,atau benda
tersebut untuk
suatu tempoh yang tidak melebihi tiga puluh
hari selepas
pengambilmilikannya,melainkan dalam tempoh
tersebut
seorang atau beberapa orang telah dilantik
untuk
mengadakan siasatan dibawah seksyen 45,dan
dalam hal
yang sedemikian KP bolih terus mengekalkan
pemilikan
premis,bahagian,harta,atau benda itu sehingga
tamatnya
siasatan tersebut.
Sub.(2) Jika KP telah mengambil milik
mana-mana premis
atau bahagian mana-mana premis dibawah
sub.(1),KP bolih,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
pada bilamasa perlu,menyebabkan sawar atau
sawar-sawar
didirikan disekeliling premis atau bahagiannya
itu.
Sub.(3) KP hendaklah selepas itu menempelkan
notis-notis,
dimana-mana tempat supaya orang yang
menghampiri
premis itu atau bahagiannya dari mana-mana
arah bolih
melihat satu daripada notis itu semasa dia
sampai kemana
mana sawar atau mana-mana
bahagiannya,memberitahu
orang ramai bahawa milikan premis itu atau
bahagiannya
telah diambil olih Jabatan Bomba dan bahawa
adalah
dilarang untuk memasuki premis itu atau
bahagiannya.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.47 KEHADIRAN TANPA KEBENARAN DALAM
PREMIS YANG
TELAH DIAMBIL MILIK DIBAWAH
SEK.46
Mana-mana oarang yang,tanpa kebenaran Pegawai
Bomba,memasuki atau berada dalam mana-mana
premis atau
bahagian mana-mana premis yang telah diambil
milik olih
KP dibawah seksyen 46 adalah melakukan suatu
kesalahan.
(Arahan PGK. Bil.1/2003)
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
•
BAHAGIAN VIII
•KUMPULAN WANG KEBAJIKAN
SEK.48 PENUBUHAN KUMPULAN WANG
Sub.(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu
kumpulan wang
bernama “Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan
Perkhid.
Bomba” yang akan dikendalikan sebagai Akaun
Amanah
dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Sub.(2) Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri
daripada:-
(a) semua dendaan yang dikenakan keatas
Pegawai Bomba
dalam mana-mana prosiding disiplin.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(b) satu perdua daripada jumlah wang yang
dibayar bagi
perkhidmatan Pegawai Bomba yang
ditugaskan
menjalankan tugas khas dibawah sek.50
dan bagi
penggunaan kelengkapan yang disediakan
baginya.
(c) semua jumlah wang dan harta lain yang
diberi kepada
Pegawai Bomba dan dilucuthakkan atas
perintah
mahkamah.
(d) derma-derma atau hadiah yang diberikan
kepada
Kumpulan Wang atau kepada
anggota-anggota
perseorangan Jabatan Perkhid.Bomba
masing-masingnya
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
dan diterima olih KP.
(e) pendapatan yang didapati daripada pelupusan harta atau
pelaburan yang telah dibeli atau
didapati drpd wang
Kumpulan Wang.
(f) semua jumlah wang atau faedah yang diperolehi drpd
penganjuran seminar atau perintiwa
lain;dan
(g) semua jumlah wang yang disumbangkan olih Kerajaan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.48A JAWATANKUASA KUMPULAN WANG
KEBAJIKAN JABATAN PERKHID.BOMBA
Sub.(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu
Jawatankuasa
Kumpulan Wang Jabatan Perkhid. Bomba yang
hendaklah
mempunyai kawalan keatas Kumpulan Wang.
Sub.(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri
daripada anggota
anggota berikut:-
(a) KP sebagai Pengerusi.
(b) dua Pegawai Kanan Bomba yang hendaklah
dilantik
olih Menteri;dan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(c) dua pegawai awam yang hendaklah dilantik
olih
Menteri.
Sub.(3) Tiada mesyuarat Jawatankuasa bolih
diadakan tanpa
kehadiran KP.
Sub.(4) Kuoran bagi mesyuarat Jawatankuasa
adalah tiga.
Sub.(5) Tertakluk kepada Akta ini,Jawatankuasa
hendaklah
mempunyai kuasa untuk mengawal-selia
prosidingnya.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.48B WANG BAGI KUMPULAN WANG
HENDAKLAH
DIPERDAPATKAN HANYA DENGAN
KEBENARAN
Sub.(1) Tiada seorang pun bolih menjalankan
apa-apa
kegiatan untuk memperdapatkan wang bagi
Kumpulan Wang
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis drpd
Jawatankuasa.
Sub.(2) Mana-mana orang yang melanggar
sub.(1)adalah
melakukan suatu kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.49 PENTADBIRAN DAN PENGGUNAAN
KUMPULAN WANG
Kumpulan wang hendaklah ditadbir mengikut
peraturan
peraturan yang dibuat dibawah Akta ini,dan
digunakan:-
(a) untuk memberi pampasan kepada Pegawai
Bomba bagi
perkhidmatan tambahan atau khas.
(b) bagi maksud mengadakan
keselesaan,kesenangan dan
faedah lain seperti dibawah:-
i. Bayaran pampasan kepada orang
tanggungan Pegawai
Bomba atas kematian Pegawai Bomba
tersebut semasa
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
menjalankan tugas rasmi.
ii. Bayaran pampasan kepada Pegawai Bomba
atas
kemalangan yang menyebabkan kecacatan
anggota
penting seumur hidup yang menyebabkan
kehilangan
pekerjaan dengan Jabatan semasa
menjalankan tugas
rasmi.
iii.Bayaran
pampasan kepada Pegawai Bomba atas kemalangan yang menyebabkan kecacatan
berkekalan anggota badan yang tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan dengan
Jabatan semasa menjalankan tugas rasmi
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
iv.Bantuan pembelian anggota kepada Pegawai
Bomba atau bekas Pegawai Bomba yang cacat seperti anggota tiruan,kerusi
roda,tongkat melandas bahu dan lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai.
v.Bantuan kepada Pegawai Bomba yang mengalami
kerosakan,kemusnahan tempat kediaman akibat bencana.
vi.Faedah-faedah
yang lain yang ditentukan olih Jawatankuasa drpd masa ke semasa.
(c)Memberi
pinjaman kepada Pegawai Bomba untuk melanjutkan pengajian di Institusi
Pengajian Tinggi dalam negeri.(Arahan Pengurusan Bil.1/1998)
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
•
BAHAGIAN IX
• PELBAGAI
SEK.50 TUGAS KHAS DAN PERBELANJAANNYA
Sub.(1) Atas permohonan mana-mana orang KP
bolih,jika
difikirkannya patut,menugaskan mana-mana
pegawai
diberikuasa menjalankan tugas khas
didalam,diatas atau
dipersekitaran mana-mana
premis,vesel,kenderaan,pesawat
udara atau mana-mana struktur bolih alih yang
dinyatakan
olih pemohon dan,bagi maksud itu,menyediakan
apa-apa
kelengkapan sebagaimana yang difikirkannya
perlu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Pemohon hendaklah membayar kepada KP
bagi
perkhidmatan mana-mana pegawai diberikuasa
yang
ditugaskan sedemikian dan bagi penggunaan
apa-apa
kelengkapan yang disediakan itu apa-apa fee
sebagaimana
yang ditetapkan.
SEK.51 MENGGANGGU
PEGAWAI-PEGAWAI BOMBA
DALAM MELAKSANAKAN
TUGAS-TUGASNYA
Mana-mana
orang yang bersengaja mencaci,menyerang,
mengacau,menghalang,menggalang,atau
mengganggu mana
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
-mana Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba
Bantuan yang
bertindak dalam melaksanakan tugas-tugasnya
atau mana
mana orang lain yang membantu Jabatan Perkhid.
Bomba
dibawah arahan tertentu pegawai penjaga adalah
melakukan
suatu kesalahan.(Arahan PGK. Bil. 4/2001)
SEK.52 KEGAGALAN MEMATUHI
ARAHAN
Mana-mana
orang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang
diberikan
olih seorang pegawai diberkuasa yang menjalankan
tugasnya
dibawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(Arahan
PGK. Bil. 5/2001)
SEK.53 PEMAKAIAN PAKAIAN
SERAGAM TANPA
KEBENARAN
Mana-mana
orang,yang bukannya Pegawai Bomba atau
Pegawai
Bomba Bantuan,yang memakai apa-apa pakaian
seragam
Jabatan Perkhid. Bomba atau apa-apa pakaian yang
mempunyai
tanda khas,atau yang mungkin disalahkan
sebagai,apa-apa
pakaian seragam sedemikian adalah
melakukan
suatu kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.54 PEMALSUAN
DOKUMEN,PERNYATAAN
PALSU,DSB
Mana-mana
orang yang:-
(a)Dengan
niat hendak memperdaya,membuat atau
memalsukan sesuatu perakuan bomba atau ada dalam miliknya suatu perakuan
bomba tak berkebenaran;atau
(b)semasa
membuat permohonan bagi perakuan bomba,membuat apa-apa pernyataan atau memberi
apa-apa maklumat yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir matan atau dengan
melulu membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat yang nyata
palsu;atau
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(c)tatkala berupa mematuhi
apa-apa obligasi untuk memberi maklumat dibawah Akta ini,memberi apa-apa
maklumat yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir matan atau dengan melulu
memberi apa-apa maklumat yang nyata palsu;atau
(d)membuat apa-apa catatan yang
diketahuinya sebagai palsu dalam butir matan dalam apa-apa daftar,buku,notis
atau dokumen lain yang dikehendaki disimpan,disampaikan,atau diberi,dibawah
Akta ini,
adalah melakukan suatu kesalahan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.55
KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN
DENGAN PENGGERA KEBAKARAN
Mana-mana
orang yang merosakkan,menyembunyikan,
mengaktifkan
atau mendeaktifkan mana-mana penggera
kebakaran
tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan
suatu
kesalahan.(Arahan PGK. Bil.6/2001)
SEK.56 MEMBERI LAPORAN
PALSU MENGENAI
KEBAKARAN
Mana-mana
orang yang bersengaja memberikan atau
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
menyebabkan
diberikan suatu laporan palsu mengenai
kebakaran
atau bencana lain adalah melakukan suatu
kesalahan.
SEK.57
KESALAHAN-KESALAHAN OLIH
PERTUBUHANPERBADANAN
Sub.(1)
Jika kesalahan dibawah Akta ini yang dilakukan olih
suatu
pertubuhan perbadanan dibuktikan telah dilakukan
dengan
persetujuan atau pembiaran,atau disebabkan olih apa
-apa
keabaian dipihak,mana-mana pengarah,pengurus,
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
setiausaha,atau pegawai lain yang
seumpamanya bagi
pertubuhan perbadanan itu,atau
mana-mana orang yang
berupa bertindak atas apa-apa
sifat sedemikian,maka dia serta
pertubuhan perbadanan itu adalah
melakukan suatu kesalahan
Sub.(2) Jika hal ehwal sesuatu
pertubuhan perbadanan
diuruskan olih ahli-ahlinya,maka
sub.(1)hendaklah terpakai
berhubungan dengan tindakan dan
keingkaran seseorang ahli
berkaitan dengan fungsi
pengurusannya seolah-olah dia
adalah seorang pengarah
pertubuhan perbadanan itu.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.58 PENALTI AM
Mana-mana
oarang yang melakukan suatu kesalahan dibawah
Akta
ini yang tiada penalti diperuntukan dengan nyata
baginya
apabila disabitkan bolih didenda tidak melebihi lima
ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga
tahun atau kedua-duanya.
SEK.59 MENGKOMPAUN
KESALAHAN
Sub.(1)
KP atau mana-mana Pegawai Bomba yang diberi
kuasa
olihnya secara bertulis bolih mengkompaun apa-apa
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Kesalahan
yang ditetapkan sebagai kesalahan bolih
kompaun,dengan
menerima drpd orang yang disyaki dengan
munasabahnya
melakukan kesalahan tersebut sejumlah wang
yang
tidak melebihi lima ratus ringgit.
Dengan
syarat bahawa KP atau pegawai yang diberikuasa
sedemikian
tidaklah bolih menjalankan kuasanya dibawah
seksyen
ini melainkan orang itu mengaku secara bertulis
bahawa
dia telah melakukan kesalahan tersebut dan meminta
KP
atau pegawai tersebut menyelesaikan kesalahan itu
dibawah
seksyen ini.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Sub.(2) Apabila apa-apa jumlah wang tersebut
dibayar,orang
yang disyaki dengan munasabahnya telah
melakukan sesuatu
kesalahan,jika dalam tahanan,hendaklah
dibebaskan dan
tiada prosiding selanjutnya bolih diambil
terhadap orang itu.
(Arahan PGK. Bil. 2/2001)
SEK.60 KUASA MEMAKAI AKTA
BAGI VESEL DAN
STRUKTUR BOLIH ALIH
Peruntukan-peruntukan
Akta ini hendaklah terpakai,tertakluk
kepada
ubahsuaian-ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
bagi:-
(a) vesel yang berada ditambatan atau di
daratan bagi apa-apa
tempoh atau dalam apa-apa hal keadaan
yang
ditetapkan;dan
(b) khemah-khemah dan lain-lain struktur bolih
alih.
SEK.61 PENYAMPAIAN NOTIS
DAN DOKUMEN
DOKUMEN LAIN
Sub.(1)
Suatu notis atau dokumen lain bolih disampaikan
kepada
seseorang atau badan bagi maksud-maksud Akta ini:-
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(a) dengan menghantar notis atau dokumen itu
kepada orang
itu; atau
(b) dengan menghantar notis atau dokumen itu:-
(i) ketempat tinggal atau tempat
perniagaan yang biasa
atau yang terakhir diketahui orang
itu,kepada
pengkhidmatnya atau kepada ahli
keluarganya yang
dewasa;atau
(ii) ke pejabat berdaftar badan itu atau
ketempat
perniagaan yang biasa atau yang
terakhir diketahui
badan itu,kepada pengkhidmat atau
ejennya;atau
(c) dengan meninggalkan notis atau dokumen itu
didalam
suatu sampul dialamat kepada orang atau
badan itu:-
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(i) ditempat tinggal atau tempat perniagaan
yang biasa
atau yang terakhir diketahui
orang itu;atau
(ii) dipejabat berdaftar badan itu atau
ditempat
perniagaan yang biasa atau yang
terakhir diketahui
badan itu;atau
(d) dengan menghantar notis atau dokumen itu
secara pos
berdaftar yang dibayar dulu kepada
orang atau badan
itu:-
(i) ketempat tinggal atau tempat
perniagaan yang biasa
atau yang terakhir diketahui orang
itu;atau
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(ii) kepejabat berdaftar badan itu atau
ketempat
perniagaan yang biasa atau yang
terakhir diketahui
badan itu.
Sub.(2) Jika nama atau alamat mana-mana
pemunya atau
penghuni premis yang hendak disampaikan
apa-apa notis
atau dokumen lain seperti yang disebut
terdahulu tidak dapat
dipastikan selepas suatu siasatan yang
munasabah olih orang
yang hendak menyampaikan notis atau dokumen
itu,maka
notis atau dokumen tersebut bolihlah
disampaikan dengan
mengalamatkannya kepada orang yang hendak
disampaikan
notis atau dokumen itu dengan perihalan
“pemunya” atau
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
“penghuni”
premis (dengan memperihalkannya)yang
dimaksudkan
olih notis itu atau dokumen tersebut,dan
dengan
menghantarserahkannya kepada mana-mana orang
yang
bertanggungjawab yang tinggal atau berupa tinggal
dipremis
tersebut,atau jika tiada orang yang sedemikian yang
bolih
dihantarserahkan notis atau dokumen itu,dengan
meletakkan
notis atau dokumen itu atau salinannya dimana
mana
bahagian premis itu yang mudah kelihatan.
Sub.(3)
Suatu notis atau dokumen yang disampaikan melalui
pos
berdaftar yang dibayar dulu dibawah perenggan(d)sub.(1)
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
hendaklah disifatkan telah
disanpaikan pada masa surat yang
mengandungi notis atau dokumen
itu dihantarserah dalam
perjalanan biasa pos,dan adalah
menjadi bukti penyampaian
yang cukup bahawa surat itu telah
dialamatkan dengan betul
mengikut perenggan itu dan telah
diposkan,tetapi jika surat
itu dipulangkan melalui pos tidak
dihantar,notis atau
dokumen itu hendaklah disifatkan
telah tidak disampaikan.
Sub.(4) Dalam seksyen
ini,”badan”termasuk pertubuhan
perbadanan atau perkongsian.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.62 KUASA MEMBUAT
PERATURAN-PERATURAN
Sub.(1)
Menteri bolih membuat peraturan-peraturan bagi
melaksanakan
tujuan-tujuan dan peruntukan-peruntukan Akta
ini
dengan lebih baik,dan khususnya,tetapi tanpa menjejaskan
keluasan
peruntukan-peruntukan terdahulu,bagi semua atau
mana-mana
perkara yang berikut:-
(a)mengawalselia
pengilangan,penjualan,pemasangan,
pengujian,penservisan dan pengecasan semula
kelengkapan
menentang kebakaran atau pepasangan
keselamatan
kebakaran.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(b)menetapkan jenis,tempat,dan pengujian
kelengkapan
menentang kebakaran atau pepasangan
keselamatan
kebakaran yang digunakan dalam mana-mana
premis.
(c)mengawalselia penubuhan pasukan bomba di
organisasai
persendirian,institusi pendidikan dan
organisasi sukarela.
(ca)mengawalselia penubuhan pasukan bomba
sukarela.
(d)mengawalselia penubuhan organisasi
keselamatan
kebakaran dipremis ditetapkan.
(e)menetapkan pakaian seragam,tanda
pangkat,kad pengenal
dan keperluan-keperluan yang hendak
dibekalkan kepada
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan.
(f)mengadakan peruntukan bagi semua perkara
yang
berhubungan dengan Pegawai Bomba
Bantuan,termasuk
tugas,kuasa,elaun dan pampasan mereka.
(g)menetapkan tatasusila bagi
Pegawai-Pegawai Bomba.
(h)melarang,menyekat atau mengawal
pembakaran olih
mana-mana orang akan hutan,belukar,atau
tumbuhan
tumbuhan lain dimana-mana kawasan.
(i)mengawalselia semua perkara yang
berhubungan dengan
keselamatan kebakaran dan langkah-langkah
berjaga-jaga
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
kebakaran.
(j)melarang,menyekat atau mengawal pembakaran
bahan-bahan mudah terbakar.
(k)mengawalselia
pengangkutan,penggunaan,pengendalian atau penstoran bahan-bahan mudah terbakar.
(l)menetapkan fee yang kena dibayar dibawah
peruntukan-peruntukan Akta ini.
(m)menetapkan perkara-perkara yang bolih atau
dikehendaki ditetapkan.
(n)menetapkan kesalahan-kesalahan dibawah Akta
ini yang bolih dikompaun,prosedur yang hendak diikuti dan borang yang hendak
dipakai semasa mengkompaun.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
(o)mengawalselia pengendalian Kumpulan Wang
Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba.
Sub.(2) Menteri bolih,dalam
peraturan-peraturan yang dibuat
dibawah sub.(1),menetapkan penalti denda yang
tidak
melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya kerana
pelanggaran
mana-mana peruntukan peraturan-peraturan
tersebut dan
dalam hal kesalahan yang berterusan,sejumlah
wang yang
tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap
hari yang
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
•AKTA
PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.63 PEMANSUHAN
Sub.(1) Bahagian X Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah
dimansuhkan.
Sub.(2) Enakmen Perkhidmatan Bomba bagi Negeri Sabah
adalah dimansuhkan.
FRAM MALAYSIA
•
No comments:
Post a Comment